Isnin, 26 April 2010

SAKA – JIN-SYAITAN-ILMU HITAM.




SAKA – JIN-SYAITAN-ILMU HITAM.

Samada kita sedar atau tidak, jin dan syaitan sentiasa menanti ruang untuk memasuki tubuh manusia yang lalai dari mengingati Allah. Bagi mereka yang murung dan berada dalam suasana tidak mempunyai kekuatan semangat ( ketika sedih, risau, fikiran tidak menentu ) mudah bagi jin dan syaitan serta makhluk yang ghaib meresap ke jasad.

Adakalanya pesakit tidak sedar makhluk-makhluk ini telah meresapi kedalam jasad. Apabila ini terjadi maka timbul rasa kurang selesa dan keadaan tidak menentu. Bagi mereka yang tidak faham situasi ini, mereka beranggapan tubuh atau badan mereka tidak sihat lantas ke klinik untuk mendapatkan rawatan tetapi penyakit tidak dapat dikenal pasti. Tidak kurang juga yang sering terjadi mereka yang telah diganggu atau diresapi jin dan syaitan akan bertempik , meracau dan sebagainya.

SAKA pula terjadi disebabkan ilmu keturunan yang diwarisi samada sedar atau tidak. Bagi mereka yang mengerti agama akan cuba berusaha untuk membuang perkara ini agar ianya tidak berpanjangan kerana ianya bercanggah dengan syariat Islam.

Berbagai cara digunakan untuk membuang Saka atau gangguan jin / syaitan serta ilmu hitam. Tetapi bagi kita yang beragama sewajarnya memilih jalan yang dituntut oleh agama dan tidak mencari jalan yang bercanggah dengan agama.

Insya’Allah Pusat rawatan ini akan berusaha merawat mereka-mereka yang berhajat. Semoga kehidupan kita ceria dan sihat untuk kita melaksanakan perintah Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan